Antara aktiviti keagamaan yang dijalankan di Fakulti Sains Kesihatan

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2017 telah diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Cawangan Selangor Kampus Shah Alam pada 25 & 26 Mac 2017, seawal 8:30 pagi dan berakhir pada 5:00 petang. Ekspo kali ini membawakan 24 fakulti daripada 13 cawangan selain turut disertai oleh 11 pusat akademik UiTM. Program yang menyasarkan 20,000 pengunjung khususnya kalangan remaja lepasan SPM, STPM, matrikulasi dan diploma ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.