Di awal penubuhan, jabatan ini diletakkan di bawah Hal Ehwal Akademik. Kemudian bertukar nama kepada Jabatan Alumni dan Pengurusan Perniagaan UiTM. Jabatan ini kemudiannya di letakkan di bawah pentadbiran Pejabat Perhubungan Korporat dan Alumni pada awal tahun 2000. Pada tahun 2004 berpindah ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan nama Pejabat Pembangunan Alumni.


Pada tahun 2007 bertukar nama kepada Unit Perhubungan Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Bagi maksud penjenamaan semula, pada tahun 2008 Unit ini bertukar nama kepada Pusat Perhubungan Alumni. Selaras dengan perkembangan UiTM dan Alumni sebagai aset Universiti dan memaksimumkan peranan Alumni, pada 1 Oktober 2011, Pusat Perhubungan Alumni diletakkan di bawah Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni.

OBJEKTIF

Pusat Perhubungan Alumni menjadi penghubung perkongsian pintar universiti dengan para Alumni secara berterusan agar jaringan dan rangkaian silaturrahim alumni akan terus erat, kukuh, mantap dan seterusnya memberi manfaat kepada universiti, graduan dan juga industri.

PERANAN

 
    Membina dan mengemaskini pengkalan data alumni universiti dengan kerjasama fakulti dan kampus.

    Menjadi perantara antara universiti dan alumni bagi merangsang hubungan strategik yang berterusan.

    Memaksimumkan modal sosial alumni dalam aktiviti akademik, pelajar dan khidmat masyarakat.

    Menggalakkan penjanaan pendapatan universiti melalui aktiviti keusahawanan bersama alumni.

    Merekod dan mengemaskini maklumat aktiviti 2-4 bagi tujuan pelaporan