Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) amat penting bagi setiap fakulti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai ketua kepada pelajar. Antara peranan MPP adalah membantu pihak fakulti dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih berkesan. Disamping itu juga Majlis Perwakilan Pelajar juga merupakan platform pihak universiti untuk mendapatkan informasi dan makluman yang ingin disampaikan oleh pelajar kepada pihak pengurusan fakulti dan universiti. Majlis Perwakilan Pelajar ini didaftar dibawah Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Di samping menjadi wakil pelajar, MPP UiTM juga turut dipertanggungjawabkan sebagai wakil UiTM ke peringkat antarabangsa sebagai duta UiTM. Pelbagai aktiviti dan program sama ada persendirian atau kerjasama penganjur telah dilakukan antaranya adalah seperti aktiviti khidmat masyarakat, sukan, akademik malah turut juga melibatkan badan-badan kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan secara langsung atau tidak langsung termasuklah badan-badan separa kerajaan dan bukan kerajaan.