Persatuan MELTECH, merupakan Persatuan Pelajar bagi Jabatan Teknologi Makmal Perubatan yang ditubuhkan dibawah naungan Fakulti Sains Kesihatan. Persatuan MELTECH akan diketua oleh seorang Presiden dan dibantu oleh Timbalan Presiden serta Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik mengikut Exco yang diperlukan mengikut sesebuah persatuan. Disamping juga persatuan mempunyai seorang penasihat yang dilantik dikalangan staf Jabatan Teknologi Makmal Perubatan. Pertubuhan persatuan ini adalah termaktub dibawah Akta 173 dan Akta 174 sejak tahun 1976 dan pindaan-pindaannya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM.

 Persatuan MELTECH ini merupakan platform utama dalam perhubungan diantara Hal Ehwal Pelajar dan pelajar melalui Barisan Kepimpinan yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Persatuan MELTECH juga berperanan menyampaikan maklumat permasalahan yang dihadapi pelajar serta memberi cadangan penambahbaikan dalam pentadbiran fakulti. Selain itu persatuan ini mampu membentuk pelajar yang aktif didalam kokurikulum serta mempunyai sahsiah pelajar yang sempurna selepas bergelar graduan.