Majlis Apresiasi Staf FSK 2021
Sepintas lalu Majlis Apresiasi Staf Fakulti Sains Kesihatan 2021 yang diadakan pada 29 Disember 2021 di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.
Majlis diadakan bertujuan bagi meraikan seluruh warga FSK sama ada tetap, kontrak dan sambilan harian (akademik dan pentadbiran) di atas kerja keras sepanjang 2021 dalam menjayakan pelbagai agenda fakulti dan universiti.
Turut berlangsung penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 serta penyampaian hadiah Busana Terbaik (Lelaki dan Wanita) yang bertemakan busana melayu dan retro.