• Call Us On

    +603 3258 4300

  • Fax Us On

    +603 3258 4599

  • Super User
  • News & Events

Ucapan Tahniah atas lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal bagi Kajian Prevalens Autism di Malaysia

Tahniah atas kejayaan kedua-dua pensyarah kanan Jabatan Sains Asas, Fakulti Sains Kesihatann; Dr Kartini Ilias dan Dr Khairil Anuar di atas lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal bagi Kajian Prevalens Autism di Malaysia dengan kos kajian keseluruhan sebanyak RM2. 5 Juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) kepada Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kajian Prevalens Autisme di Malaysia ini merupakan kajian yang julung kali dijalankan di peringkat kebangsaan di negara kita.

Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti statistik terkini kanak-kanak yang mempunyai autisme di Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan untuk membekalkan perkhidmatan intervensi awal dan pendidikan terbaik bagi individu berkeperluan khas di negara ini.

Penglibatan Dr Kartini Ilias dan Dr Khairil Md Isa dalam kajian ini merangkumi aspek pembagunan kertas kerja yang komprehensif, perancangan metodologi kajian yang sesuai dan terbaik, validasi instrumen penyaringan (Social Responsiveness Scale-SRS) dan diagnosis (Autism Diagnostic Observation Schedule-ADOS).

Kedua-dua ahli jawatankuasa teknikal ini juga akan menyumbang khidmat dan nasihat dalam proses data analisis mengikut kepakaran masing-masing dengan pemantauan pakar perunding antarabangsa yang dilantik iaitu Autism Speaks.

  • Super User
  • News & Events

Ucpan Tahniah kepada Dr Mohamad Ghazali Masuri

Sekalung tahniah kepada Dr Mohamad Ghazali Masuri, Pensyarah Kanan daripada Pusat Pengajian Pemulihan Carakerja dan Dr Khairil Anuar Md Isa, Ketua Jabatan Sains Asas di atas kejayaan di dalam penilaian sebagai Ergonomic Trained Person.

  • Super User
  • News & Events

Ucapan Tahniah kepada Dr Naleena Devi Muniandy

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr Naleena Devi Muniandy, Pensyarah Kanan daripada Pusat Pengajian Pemakanan & Dietetik di atas kejayaan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah daripada Monash University.

  • Super User
  • News & Events

Ucapan Tahniah kepada En Wan Shahriman Yushdie Bin Wan Yusoff

Tahniah kepada En Wan Shahriman Yushdie Bin Wan Yusoff di atas lantikan sebagai anggota Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia yang pertama.

  • Super User
  • News & Events

Ucapan Tahniah kepada Prof Madya Dr Mohd Haidzir Bin Abdul Manaf

Tahniah kepada Prof Madya Dr Mohd Haidzir Bin Abdul Manaf di atas lantikan sebagai anggota Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia yang pertama.

  • Super User
  • News & Events

Ucapan Tahniah kepada Dr. Siti Nor Ismalina Isa

Tahniah kepada Dr. Siti Nor Ismalina Isa, Pensyarah Kanan (Biostatistik) daripada Jabatan Sains Asas atas kejayaan kolaborasi projek penyelidikan bertajuk
“Analysis of impacts of climate change and environmental degradation on children in Malaysia and assessment of child-sensitivity of current adaptation and mitigation policies”.

Projek berjumlah RM399,400 ini diterajui oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama UNICEF dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Objektif kajian yang akan dijalankan adalah untuk memahami bagaimana perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar dapat mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia.

Kajian ini memfokuskan kepada populasi kanak-kanak terpinggir (marginalized children) seperti kanak-kanak kelainan upaya, kanak-kanak dari keluarga B40 dan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan warganegara yang sah.

Hasil penyelidikan ini akan dimajukan untuk diambilkira dalam hala tuju UNICEF Malaysia serta memperbaiki polisi negara tentang kesan perubahan iklim ke atas kanak-kanak terutamanya di Malaysia.

Penyertaan Dr. Siti Nor Ismalina Isa sebagai pakar di dalam bidang kesihatan komuniti dan biostatistik adalah penting dalam pembangunan dan validasi soal selidik untuk kajian bersama komuniti.

Beliau turut berperanan memberi konsultasi dalam analisis data dan pembentangan hasil kajian bagi projek penyelidikan ini.

Tahniah diucapkan.

Page 1 of 4