• Call Us On

    +603 3258 4300

  • Fax Us On

    +603 3258 4599

Ucapan Tahniah atas lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal bagi Kajian Prevalens Autism di Malaysia

  • News & Events
  • Read 82 times

Tahniah atas kejayaan kedua-dua pensyarah kanan Jabatan Sains Asas, Fakulti Sains Kesihatann; Dr Kartini Ilias dan Dr Khairil Anuar di atas lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal bagi Kajian Prevalens Autism di Malaysia dengan kos kajian keseluruhan sebanyak RM2. 5 Juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) kepada Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kajian Prevalens Autisme di Malaysia ini merupakan kajian yang julung kali dijalankan di peringkat kebangsaan di negara kita.

Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti statistik terkini kanak-kanak yang mempunyai autisme di Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan untuk membekalkan perkhidmatan intervensi awal dan pendidikan terbaik bagi individu berkeperluan khas di negara ini.

Penglibatan Dr Kartini Ilias dan Dr Khairil Md Isa dalam kajian ini merangkumi aspek pembagunan kertas kerja yang komprehensif, perancangan metodologi kajian yang sesuai dan terbaik, validasi instrumen penyaringan (Social Responsiveness Scale-SRS) dan diagnosis (Autism Diagnostic Observation Schedule-ADOS).

Kedua-dua ahli jawatankuasa teknikal ini juga akan menyumbang khidmat dan nasihat dalam proses data analisis mengikut kepakaran masing-masing dengan pemantauan pakar perunding antarabangsa yang dilantik iaitu Autism Speaks.