• Call Us On

    +603 3258 4300

  • Fax Us On

    +603 3258 4599

Image

Untuk melahirkan generasi fleksibel dari segi akademik, kokurikulum, keperibadian dan mempunyai ciri pemikiran kelas pertama selaras dengan keperluan global.

PHYTAS merupakan persatuan pelajar bagi Jabatan Fisioterapi di bawah naungan Fakulti Sains Kesihatan yang diketuai oleh Nur Athika binti Azhar sebagai presiden dan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik melalui mesyuarat agung tahunan serta dikendalikan oleh seorang penasihat yang dilantik di kalangan staf jabatan fisioterapi iaitu Encik Saiful Adli Bin Bukry. PHYTAS merupakan satu platform bagi menghubungkan pelajar jurusan diploma dan ijazah melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Ia juga bertujuaan bagi membentuk pelajar yang aktif didalam akademik, kokurikulum serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi serta menjadi ahli fisioterapi yang berkaliber selepas bergelar graduan. “Ilmu dari tuhan, tangan untuk insan’ merupakan moto PHYTAS yang bermaksud sentiasa menyedari bahawa segala ilmu datangnya dari Allah, tuhan yang Maha Pencipta dan Maha Berilmu juga menggunakan ilmu pemberianNya untuk kebaikan kehidupan manusia adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai khalifah di muka bumi.

Image
  • Team Building
  • Tadarus Al-Quran
  • Business Who 2.0 dengan kerjasama Kelab Keusahawanan FSK
  • Bengkel Proposal FYP Phytas
  • Kursus Tapping
  • Public Lecture by Dr Guy Zito on The TMJ
  • Festival Mega Sports of Health Sciences (FEMOS) dengan kerjasama persatuan FSK
  • First Aid Course
  • International Innovation Invention& Creation Exhibition
  • National Physiotherapy Student Workshop (NaPTSW)
  • Hari Jualan Fisioterapi
  • Sewa tapak for vendors
  • Phytas Open Day 
  • Interuniversity Physiotherapy Association Carnival + Aerobic tournament
  • Family Day + Malam Kebudayaan
  • Sports with alumni + Dinner
  • Annual General Meeting