Home
  • MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY
  • MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY
  • MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY
  • MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY
Home | Welcome to The Faculty of Health Sciences
MAKLUMAT TENTANG PROFESIONAL, PERKHIDMATAN DAN PENJAGAAN PENGLIHATAN DALAM BIDANG OPTOMETRI – KLINIK OPTOMETRI UiTM (KAMPUS PUNCAK ALAM) PDF Print E-mail
Written by webmaster   
Monday, 16 January 2012 05:03

 

TAHUKAH ANDA?

Terdapat perbezaan yang ketara dari segi profession antara  Oftalmologis,  Optometrist dan Juruoptik. Berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh  Majlis Optik Malaysia, Oftalmologis bermaksud mereka  yang berdaftar di bawah undang-undang Kesihatan tahun 1971 dan khusus didalam bidang penjagaan kesihatan mata; selain itu mereka merupakan pengamal perubatan yang mempunyai kepakaran di bidang pembedahan mata. Optometri ialah satu profesion penjagaan kesihatan, mahir didalam kaedah mengukur dan mengembalikan kekuatan penglihatan dengan cara mengadaptasi penggunaan kanta oftalmik  atau prisma, atau kedua-duanya; berpelajaran di peringkat ijazah dan berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia. Selain itu  optometris adalah pengamal kesihatan primer ke atas mata dan sistem visual, memberikan khidmat jagaan mata merangkumi refraksi, pendispensan, diagnosis/pengurusan penyakit mata dan rehabilitasi keadaan-keadaan sistem visual. Manakala  juruoptik berdaftar adalah mereka yang berusia 18 tahun keatas dan layak untuk mengikut ketetapan yang telah di syaratkan oleh Majlis Optik Malaysia, bertindak sebagai pembantu kepada pihak Optomologis dan Optometris.

Perkhidmatan Klinik Optometri  UiTM  yang dibuka kepada semua warga Malaysia  telah di wujudkan sejak tahun 2010 merangkumi 6 cabang klinik utama iaitu Klinik Optometri Primer, Klinik Kanta Sentuh, Klinik pediatrik, Klinik Penglihatan Terhad,  Klinik Penglihatan Binokular dan Klinik Diagnostik (Advanced Clinic). Selain itu Klinik kami turut menyediakan perkhidmatan Kedai Optometri  bagi mereka yang memerlukan tempahan kaca mata mahupun kanta sentuh. Kami turut menawarkan pemberian bingkai cermin mata percuma bagi mereka yang layak.

Last Updated on Tuesday, 17 January 2012 01:28
Read more...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 13

Events Calendar

December 2011 January 2012 February 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 1 1 2 3 4 5 6 7
Week 2 8 9 10 11 12 13 14
Week 3 15 16 17 18 19 20 21
Week 4 22 23 24 25 26 27 28
Week 5 29 30 31

Who's Online

We have 45 guests online

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday2264
mod_vvisit_counterYesterday2554
mod_vvisit_counterThis week15168
mod_vvisit_counterThis month48857
mod_vvisit_counterAll497854

Search