About Us@FSK

Latar Belakang

Fakulti Sains Kesihatan (FSK) merupakan salah satu fakulti yang tersergam indah di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dan mempunyai  cawangan di UITM Cawangan Sarawak, Kampus Kota Semarahan serta Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam. 

Image

Pusat Pengajian yang terdapat di FSK

Sejarah Penubuhan

Asas penubuhan fakulti ini adalah bertujuan untuk melahirkan golongan professional dalam kalangan orang melayu dan bumiputera. Selari dengan kehendak tersebut maka program-program FSK UiTM telah diwujudkan seawal tahun 1996 dibawah Kajian Sains Gunaan yang kini dikenali sebagai Fakulti Sains Gunaan (FSG). Pada 1 Disember 2002, setelah penubuhan Fakulti Perubatan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan, semua program Sains Kesihatan telah diserap ke dalam satu Fakulti yang dikenali sebagai Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Pada 15 Mac 2004, FSK dengan rasminya ditubuhkan dengan permulaan 6 program dan kini FSK mengendalikan 41 program di peringkat Diploma hingga ke peringkat Doktor Falsafah.

Program Pendidikan dan Perkhidmatan

FSK menawarkan program dan perkhidmatan yang merangkumi tiga elemen yang berteraskan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan Demi melahirkan graduan yang professional dan mempunyai kemahiran dan kebolehpasaran yang tinggi, FSK menggunakan pendekatan penyampaian berdasarkan Outcome Based Education (OBE) selaras dengan keperluan Malaysian Qualification Framework (MQF). Selain penyampaian bersemuka di dalam kuliah dan makmal, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga dilaksanakan secara blended learning melalui portal i-Learn bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian ilmu kepada pelajar. Kesemua program yang ditawarkan telah mendapat akreditasi Malaysian Qualification Agency (MQA) dan dua daripadanya mendapat akreditasi antarabangsa. Selain itu terdapat tiga program di peringkat sarjana (kerja kursus) yang hanya ditawarkan oleh FSK UiTM iaitu program Sarjana Pengimejan Perubatan, Program Sarjana Fisioterapi (Muskuloskeletal) dan Program Sarjana Pemulihan Carakerja (kecacatan perkembangan). Disamping itu, selain dari memberikan perkhidmatan pelajaran sepenuh masa FSK turut memberikan perkhidmatan pelajaran secara pendidikan jarak jauh (e-PJJ) . a. Profil Tenaga Kerja Komitmen dan pengembelingan tenaga kerja warga FSK seramai 224 tenaga kerja yang terdiri daripada 126 kakitangan akademik dan 98 kakitangan bukan akademik mencetus motivasi dalam mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan (rujuk Rajah P I). Dengan mengamalkan moto FSK, kakitangan FSK kompeten dan mampu menyampaikan ilmu dan perkhidmatan dengan baik dalam melahirkan graduan Bumiputera yang profesional di samping berkebolehan menjalankan penyelidikan dan inovasi serta menganjurkan program khidmat masyarakat secara aktif.

Contact Us

Fakulti Sains Kesihatan
UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

42300 Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

wacanafsk@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4300
Fax: +603-3258 4599