MLT MINI COLLOQUIUM 5.0

 

Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan telah menganjurkan program MLT MINI COLLOQUIUM 5.0 Makmal Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam yang berlangsung pada 22 Julai 2024 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Seminar FSK, Aras 8, Bangunan FSK 6.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Dr. Siti Nazrina Camalxaman. Selain itu, turut diadakan sesi perkongsian bersama Alumni Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan iaitu Dr. Nur Nabilah binti Abu Bakar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM dan Cik Nabilah binti Mohammad Basri dari Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi Kasih (IVFKasih).
Program ini juga telah mendapat tajaan dan sumbangan daripada beberapa syarikat iaitu:
- Syarikat SetiaMed Resources
- Syarikat Unggul Medik Sdn. Bhd
- Syarikat Ultimed Scientific Sdn. Bhd
- Syarikat Warisan Alam Trading & Services
- Syarikat Wataka Trading
- Syarikat Labquip (M) Sdn Bhd
- Syarikat Saintifik Maju
- Syarikat Benua Sains Sdn Bhd
- Syarikat Chemopharm Sdn Bhd
- Syarikat Scilab Innovation Sdn Bhd
- Syarikat Biomarketing Services (M) Sdn Bhd
- Syarikat Innowawasan Sdn Bhd
- Syarikat Next Gene Scientific Sdn Bhd
Berikut adalah senarai pemenang bagi Anugerah Poster Terbaik;
Johan:
Nur Sofiya binti Sukandar
Dr. Mohd Nazri Abu (Penyelia)
Naib Johan:
Afiqah binti Husin
Dr. Emida Mohamed (Penyelia)
Ketiga:
Nurul Iffah Hanani binti Mohd Azri
Dr. Nur Ayunie (Penyelia)
Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada para pemenang anugerah, para pelajar serta seluruh warga staf Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan UiTM yang bertungkus lumus membuat persediaan dalam program kali ini.
Biro Multimedia dan Publisiti
b/p: KPP MLT

Contact Us

Fakulti Sains Kesihatan
UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

42300 Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

wacanafsk@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4300
Fax: +603-3258 4599

Website Statistics

Today

Visitor Online

We have 85 guests and no members online