Buletin FSK

Pusat Pengajian Optometri telah menganjurkan program Optometry Final Year Colloquium & Career Day 2024 dengan jayanya pada 30 & 31 Julai 2024. Program ini telah melibatkan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tahun akhir peluang kerjaya dalam bidang optometri selepas bergraduat. Buku program: https://online.fliphtml5.com/eroqk/ckfi/
Sorotan Program:
1. Pembentangan Poster: Pelajar tahun akhir telah membentangkan hasil kajian mereka melalui poster. Ini memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi penemuan dan inovasi dalam bidang optometri dengan rakan pelajar dan pensyarah. Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Poster Terbaik:
Johan:
Zharifah Fathanah binti Zamkhuri
(Penyelia: Pn Nurulain Muhamad)
Naib Johan:
Nur Izzah Afifah binti Shahrir
(Penyelia: Dr Noor Halilah Buari)
Tempat Ketiga:
Nur Dini Dayana binti Mohd Aidlfikri
(Penyelia: Pn Wan Nur ‘Amirah Ibrahim)
2. Ceramah Profesional: Setiausaha Kanan Majlis Optik Malaysia iaitu Pn Norazizah telah dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan akta profesion optometri. Selain itu, perkongsian bersama Pn Halizahanim (AVP Pantai Integrated Rehab Sdn Bhs) dan Pn Siti Maryam (POS Logistic Berhad) yang telah berkongsi tips dan persediaan melangkah ke alam pekerjaan.
3. Hari Kerjaya: Sesi perkongsian dan temu duga telah diadakan dengan 11 agensi industri. Sesi ini memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil industri, memahami keperluan pasaran kerja, serta mendapatkan nasihat dan panduan kerjaya.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan yang luas kepada pelajar mengenai bidang optometri, tetapi juga membantu mereka bersedia untuk memasuki alam pekerjaan dengan lebih yakin dan berpengetahuan. Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dan menjayakan program ini.
 
 

Contact Us

Fakulti Sains Kesihatan
UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

42300 Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

wacanafsk@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4300
Fax: +603-3258 4599

Website Statistics

Today

Visitor Online

We have 109 guests and no members online