Program ‘OT CAREER DAY 2024’, anjuran Pusat Pengajian Pemulihan Cara Kerja FSK, telah diadakan buat kali ketiga pada 6 Ogos 2024 yang lalu. Penganjuran ini berikutan permintaan tinggi yang berterusan daripada pihak majikan terhadap graduan Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja. Program ini disertai oleh 27 syarikat dan industri yang menawarkan perkhidmatan terapi cara kerja.
Seramai 62 bakal graduan pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kepujian), Fakulti Sains Kesihatan telah hadir bagi sesi temuduga yang diadakan oleh syarikat-syarikat ini.
Antara syarikat yang terlibat adalah Excel Qhalif Sdn. Bhd., Kitarehab, Kizzu Kids Therapy Center, Mentari TLC, Langkawi Autism Care Centre, Nadi Intelek, Pacific Speech Therapy and Learning Centre, Kulim Speech Therapy Centre, Mindcare Centre, Mykidz Evaluation and Therapy Center, Let's Grow Early Intervention Centre, Integra Healthcare Technology Sdn. Bhd., WQ Park Health & Rehabilitation Centre, Kiddie Care Therapy Centre, Ed’ Therapy, Nuha Care Kids Centre, Spark Child Development Centre, The Playhouse Therapy Centre, Smart Integrated Therapy, The 8th Senses Early Intervention Centre Putrajaya, Aishah Kassim Academy, Oasis Place Sdn. Bhd., Nur Kidz Sdn. Bhd., Persatuan Penjagaan dan Latihan Kanak Kanak Autistik Hua Ming WP Kl & Sel, Ryan's Rehabilitation & Special Needs Centre, Subang Jaya Medical Centre dan Kids Lagoon Therapy Centre.
Program ini selari dengan objektif pusat pengajian yang berperanan menganjurkan program ini sebagai satu platform menghubungkan pusat pengajian, para bakal graduan dengan pihak syarikat.