13 Ogos 2024 - Fakulti telah menerima lawatan penanda aras dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang diketuai oleh Dr Norzawani Binti Jaafar, Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah). Lawatan ini telah disambut baik oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, Prof Dr. Zulkhairi Hj Amom serta wakil pengurusan FSK.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada delegasi UniSZA yang sudi berkunjung ke FSK. Semoga lawatan ini memberi manfaat dua hala diantara UiTM dan UniSZA, dan menjadi pemangkin kepada aktiviti kolaborasi pengajaran serta penyelidikan dalam bidang sains kesihatan di masa akan datang.