OBESITI KANAK-KANAK

Diterbitkan:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Penulis:

SITI SABARIAH BUHARI, PhD., merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bidang tujahan kajian beliau ialah mengenai pendidikan pemakanan kanak-kanak dan pemakanan komuniti.

RUZITA ABD. TALIB, PhD., merupakan Profesor di Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCH), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan dan promosi pemakanan serta bidang pemakanan komuniti.

POH BEE KOON, PhD., merupakan Profesor di Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCH), dan merupakan pakar rujuk dalam bidang pemakanan kanak-kanak dan remaja.

 

Category: Printed

Prevalens obesiti dalam kalangan kanak-kanak telah meningkat secara mendadak di seluruh dunia. Masalah ini telah mengundang pelbagai akibat yang serius kepada kesihatan awam. Gaya hidup sedentari dan pengambilan makanan yang tinggi kalori serta rendah nilai pemakanannya merupakan dua faktor utama menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak khususnya di negara-negara sedang membangun. Pembentukan program intervensi yang berdasarkan teori sistematik dan berlandaskan bukti, menggunakan konsep keseimbangan tenaga dan mengambil kira perubahan pendidikan sejajar dengan perubahan persekitaran, melibatkan ibabapa / keluarga dan persekitaran rumah, mampu membawa perubahan positif untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Buku ini mengupas pelbagai isu berkaitan dengan obesiti kanak-kanak. Buku ini turut merungkai beberapa isu utama berkaitan dengan obesiti kanak-kanak merangkumi faktor-faktor yang mempengaruhinya, keberkesanan strategi program intervensi yang memberi penekanan kepada keseimbangan tenaga serta peranan ibubapa untuk menangani masalah tersebut.

Kepada mereka yang menjalankan program intervensi cegah obesiti boleh gunakan buku ini sebagai rujukan. Ia boleh dibeli di shopee atau terus berhubung dengan kami.

https://shopee.com.my/product/275679434/3284278210...

Contact Us

Fakulti Sains Kesihatan
UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

42300 Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

wacanafsk@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4300
Fax: +603-3258 4599