PERKHIDMATAN TERAPI CARA KERJA

Diterbitkan:

Pusat Pengajian Pemulihan Carakerja ,Fakulti Sains Kesihatan UiTM Puncak Alam,

 42300 Puncak Alam Selangor

Penulis: Dr Padma A. Rahman Fatin Nur Afiqah Binti Zulkifli Nur Wirdani Binti Rabiun @Ahmad Rabion Herwan Bin Sarom Samshir bin Wahab Fadzli Syadiqin bin Mohd Yazid

Illustrasi dan grafik: Mohammad Dzulkefli bin Haji Shamsudin

Category: Digital

Buku ini mempunyai 7 bahagian yang menerangkan perkhidmatan terapi cara kerja secara umum sehingga bidang spesifik. Dalam bahagian satu (1), penulis menerangkan secara umum kepentingan motivasi dalam rahabilitasi pesakit. Bahagian dua (2) mengupas peranan dan perkhidmatan ahli terapi cara kerja dalam bidang orthopedik. Bahagian tiga (3) mengajak pembaca mendalami teknik-teknik serta alat bantuan bagi membantu pesakit medical neurologi dalam kehidupan seharian mereka. Ibu-bapa dan penjaga juga didedahkan mengenai terapi serta intervensi yang digunakan oleh terapis dalam memberi rawatan kepada pesakit pediatrik di bahagian empat (4) buku ini. Ini seterusnya membawa pembaca meneroka bidang pendidikan khas di bahagian lima (5) buku. Bahagian ke enam (6) buku memberi panduan bagaimana ahli terapi cara kerja boleh membantu pesakit dalam kesihatan mental (psikitari). Bahagian tujuh (7) iaitu bahagian terakhir buku ini menerangkan bagaimana pengetahuan dan pendidikan seksualiti diaplikasikan oleh profesyen ini untuk pesakit-pesakit berkeperluan khas khususnya kanak-kanak.

Penghasilan buku ini adalah didorong oleh kurangnya informasi mengenai skop perkhidmatan dan peranan terapi cara kerja dalam perkhidmatan kesihatan. Buku ini menggunakan Bahasa yang mudah difahami serta ringkas.

Dengan terbitnya buku ini, harapan penulis adalah masyarat secara umumnya dapat membezakan profesyen serta peranan ahli terapi cara kerja dalam mengembalikan kefungsian pesakit yang memerlukannya. 

Contact Us

Fakulti Sains Kesihatan
UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

42300 Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

wacanafsk@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4300
Fax: +603-3258 4599