21 Jun 2024 - Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan telah menerima kunjungan dari Program Teknologi Laboratorium Medis, Fakulti Ilmu Kesihatan, Universitas ‘Aisyiyah, Yokyakarta, Indonesia. 2 orang pensyarah dari UNISA Yogyakarta hadir semasa lawatan tersebut iaitu Puan Dhiah Novalina dan Puan Dhewinta Anggita Sari yang merupakan Koordinator Akademik dan Kurikulum.
Lawatan dimulakan dengan kata-kata aluan dan pengenalan fakulti daripada Profesor Dr. Zulkhairi Amom, Dekan Fakulti Sains Kesihatan UiTM. Turut diadakan perbincangan kolaborasi bersama Program Teknologi Laboratorium Medis, UNISA Yokyakarta. Program diakhiri dengan lawatan ke makmal-makmal di Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan di aras 2, bangunan FSK 1,5.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Program Teknologi Laboratorium Medis, Fakulti Ilmu Kesihatan, Universitas ‘Aisyiyah, Yokyakarta atas lawatan yang sangat bermakna ini. Semoga kerjasama ini dapat dilaksanakan dan diteruskan di masa hadapan.