Lawatan Penanda Aras ke Pusat Rehabilitasi dan Perkhidmatan Klinikal (PRPK) dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) Shah Alam.
Tarikh: 11 Julai 2024 (Khamis)
Masa: 11 Pagi
Delegasi: 5 orang (Kumpulan Inovatif & Kreatif, KIK)
Lawatan telah berjaya mencapai objektif yang mana untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan amalan terbaik dalam pengurusan rekod pelanggan Pusat/Klinik Rehabilitasi di Fakulti Sains Kesihatan (FSK). Ini memberi manfaat dalam meningkatkan mutu perkhidmatan di makmal FSR pada masa akan datang.