LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA PROGRAM FISIOTERAPI, FAKULTI SAINS KESIHATAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Buletin FSK
 
Pada 30hb Januari 2024 telah berlangsung Lawatan Penanda Aras daripada Program Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Pusat Pengajian Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA.
 
Delegasi UKM diketuai oleh Dr Asfarina Zanudin - Ketua Program Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan, UKM. Turut disertai oleh Dr Mohd Azzuan Ahmad, Dr Noor Hafifi Bin Noorhisham, Puan Mahfuzah Ahmad Mokhtar dan Encik Mohd Fahmi Bin Aluwi.
 
Lawatan Penanda Aras ini bertujuan menanda aras Program Fisioterapi yang ditawarkan di UKM. Selain itu, sesi lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama untuk aktiviti pengajaran & pembelajaran, penyelidikan dan bertukar pendapat bagi penambah baikan pengurusan program dan profesion di antara kedua-dua pihak.
Dalam lawatan penanda aras tersebut, delegasi UKM turut dibawa melawat makmal-makmal Fisioterapi dan Pusat Fisioterapi UiTM.
 
Pihak Pusat Pengajian Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan UiTM amat menghargai dan menyambut baik kedatangan delegasi daripada UKM terutamanya atas pemilihan UiTM sebagai penanda aras Program Pengajian Fisioterapi.
 

Contact Us

Fakulti Sains Kesihatan
UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

42300 Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

wacanafsk@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4300
Fax: +603-3258 4599