Majlis Meraikan Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara FSK UiTM dan Iryo Sosei University, Jepun.

Buletin FSK
 
Majlis Meraikan Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara FSK UiTM dan Iryo Sosei University, Jepun.
 
Majlis Meraikan MoU diantara Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Teknologi MARA dan Iryo Sosei University dari Jepun telah berlangsung pada 29 Februari 2024 bersempena dengan lawatan Prof Goh Ah-Cheng, Dekan Fakulti Sains Kesihatan dan Profesor Furukawa Katsuhiro sebagai wakil dari Iryo Sosei University ke Malaysia. Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama FSK, turut dihadiri oleh YBrs. Prof Madya Nazri Che Dom, Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri, FSK.
 
Kerjasama ini telah bermula dengan lantikan Prof Madya Dr Mohd Haidzir Abd Manaf sebagai Visiting Associate Professor di Iryo Sosei University pada tahun 2022. Pada majlis yang sama, kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat tentang aktiviti yang akan dilaksanakan bagi mencapai objektif MoU yang telah dimeterai.
 
Turut dilaksanakan adalah sesi perkongsian oleh Prof Goh Ah-Cheng mengenai ‘Updates in Electrophysical Agents (EPA) in Physiotherapy and Rehabilitation’. Perkongsian ini membahaskan kepentingan dosimetri dalam kawalan tenaga, khususnya dalam konteks EPA serta pengamalan berdasarkan pembuktian klinikal bagi penggunaan EPA. Sesi perkongsian turut dihadiri oleh rakan rakan industri dari Institut Sukan Negara (ISN), Physiogo, Pantai Integrated Rehab dan Fisioterapis dari Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Selangor.
 

Contact Us

Fakulti Sains Kesihatan
UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

42300 Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

wacanafsk@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4300
Fax: +603-3258 4599

Website Statistics

Today

Visitor Online

We have 342 guests and no members online